Ayahku
www.iluvislam.com
Oleh: sarimulya
Editor: rabiatul_adawiyah
www.iluvislam.com
Oleh: sarimulya
Editor: rabiatul_adawiyah
Di saat kebimbangan hadir
Persimpangan wujud
Kegoncangan emosi timbul
Kegigihan ku mulai memudar
Ketabahan ku menipis
Kepercayaan ku dikhianati
Engkau hadir dalam putih hatiku
Kata-katamu lembut menyentuh nuraniku
Parasmu terlintas dalam sejuk fikiranku
Kagumku padamu mengingatkanku
Bahawa "jangan berhenti di sini nak!"
Jalan masih panjang, perjuangan masih belum dimulai
Tidakkah kau ingin nak untuk mencuba
Menggapai sejuta mimpimu
Selagi kesempatan masih ada
Dan kau pun kuat untuk menghadapinya"Tidakkah engkau ingin untuk mencuba anakku?"
Itu katamu padaku
Dorongan dan motivasimu
Membuatku boleh bertahan dengan segala yang adaDoamu membuatku selalu kuat menghadapinyaUsahamu
Membuatku berfikir bahawa aku boleh dan mampu untuk melakukannyaKata-katamu selalu terngiang di telingaku
Membuatku tegar dan tegas dalam menyikapi kehidupan.
No comments:
Post a Comment