Wednesday, March 18, 2009

CINTA SEJATI



Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui


Nabi Muhammad saw.


Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak


bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih,


murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban.


Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.




Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya


tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu


walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali.


Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas takut-takut tidak dapat


bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya


belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak


dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat


berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu


kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan


RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh


Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.


" Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .




Tauladan dari kisah ini:

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen


Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi.


Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.


Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat


sangat jika tidak bertemu . Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana


Allah semata-mataakan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah


amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun


baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara


umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan


di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

Teori Evolusi Cinta


“Korang ni asyik bergayut telefon sampai
jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.
“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka.
Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.
Keras bunyinya.
Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.
“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun.
Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.
“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu
bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu
orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini
banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.
Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang
manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk
mengharuskan perlakuan mereka.


‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah
supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus
mereka kepada Allah.
Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.
Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap
dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri
tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru
bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka
tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap
sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.
“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai
(penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka
melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka
pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada)
mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari
lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah
Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan
hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah
digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada
kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia
agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar
belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu
Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.
“Asfala saafileen,” kata al-Quran.
Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk
yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:


“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat)
orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu,
lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!”
[al-Baqarah 2: 65]
Inilah TEORI EVOLUSI CINTA.



Bermula dengan sebaik-baik kejadian,
mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya.
Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat
kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya
menjadi kera.
Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet
terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan
Tuhan untuk menipu Tuhan.



BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab
mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan
ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka
maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian
lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran,
mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah
Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan,
tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia
dengan perantaraan HIJAB.
Hijab itu tafsirannya luas.
Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti
tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya,
hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita.
Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

Apakah tujuannya semua itu?
Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka
berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam,
serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama
untuk menolak keperluan batas-batas ini.
“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith,
ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.
Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi
tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya
segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Iaitulah soal HATI!

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”
Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?
Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang
berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang
perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang
ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian
HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di
puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal
hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang
berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.
Mulut kalian tidak menyebut.
Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.
Tubuh kamu tidak menampakkan calar.
Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus
daging dan tulang temulang jati dirimu.
Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya,
pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.
Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu
versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian
kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi
cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik
Dia.
Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!

Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA,
namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA
berbungakan DOSA.
Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.




ABU SAIF @ www.saifulislam. com68000 Ampang

© SAIFULISLAM. COM (1998 – 2008)Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.
Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil.
Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini,
namun alamat Saifulislam. Com hendaklah disertakan bersama untuk
memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan
berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini
tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin
SAIFULISLAM. COM terlebih dahulu."Erti Hidup Pada Memberi"ABU SAIF @ www.saifulislam. com56000 Kuala Lumpur

Cerita tentang katak kecil
Pada suatu hari ada segerombolan
katak-katak kecil,...... yang berlumba lari Tujuannya adalah mencapai
puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama
mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta... Perlumbaan dimulai...

Secara jujur: Tak satupun penonton benar2 percaya bahwa katak2 kecil
akan mencapai puncak menara. Terdengar suara: "Oh, jalannya terlalu sukar!!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak." atau: "Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Menaranya terlalu tinggi...!! Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu... ..... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-
lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak


"Terlalu sukar!!! Tak seorangpun akan berjaya!" Lebih banyak lagi katak
kecil lelah dan menyerah... .....Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga
semakin tinggi dan tinggi... Dia tak akan menyerah! Akhirnya yang lain
telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah
berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak! SEMUA
katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan
untuk mencapai tujuan? Ternyata... Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!


Kata bijak dari cerita ini adalah:

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
...kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi
perilakumu!

Kerana itu:
Tetaplah selalu....
POSITIVE!

Dan yang terpenting:


Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai
cita-citamu! Selalulah berfikir: I can do this!

Wednesday, March 4, 2009

ciri2 doa yang di makbulkan



1. Terasa sesuatu yang menakutkan
2. Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat)
3. Terasa menggeletar beberapa ketika semasa
berdoa

Disamping itu, doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa-doa orang yang dalam keadaan seperti berikut:

1. Orang yang terdesak
2. Orang yang kena zalim atau dizalimi
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim
dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim.

apa?

Assalamualaikum w.b.t

> Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.

> Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik- beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.

Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Para jira >tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan perg >ke rumah anak-anak, tidak pula.

Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawaban. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun Din dan kawannya telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.

Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.

Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan
Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka.Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.

Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan
jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.

Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik.

Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri.Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita?

Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang- orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita. Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar?
Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlaku ananak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian?

Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku? Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama,bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.

Wallahu'alam.

Sekian.