Wednesday, March 18, 2009

CINTA SEJATI



Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui


Nabi Muhammad saw.


Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak


bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih,


murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban.


Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.




Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya


tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu


walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali.


Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas takut-takut tidak dapat


bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya


belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak


dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat


berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu


kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan


RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh


Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.


" Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .




Tauladan dari kisah ini:

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen


Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi.


Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.


Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat


sangat jika tidak bertemu . Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana


Allah semata-mataakan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah


amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun


baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara


umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan


di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

No comments:

Post a Comment